Friday, July 3, 2009

Terima Kasih Cikgu

Pagi yang indah,burung-burung berkicauan dan aku rasakan hari ini satu hari yang indah buatku.Terima kasih Tuhan kerana akhirnya berjaya juga aku mendapat segengam Ijazah di Bumi 4 Musim ini.Selepas ini bermulalah kehidupan ku sebagai pendidik.Tidak dapat aku bayangkan kerjaya ini.Teringat aku 10 tahun yang lalu......

"Aliyah,kamu kedepan".Ujar Cikgu Aminah yang terkenal dengan kasut tumitnya.
Aku pun mula bangkit dan terus ke hadapan.

Ya cikgu..jawabku
Saya tidak boleh tolak-ansur dengan awak lagi.Keputusan awak makin merosot.Mana Aliyah yang dahulu.Yang selalu memberi tumpuan,yang selalu aktif di dalam kelas.Cuba kamu tengok keputusan kamu sebelum ini.Lagi-lagi ini subjek saya.Ke mana hilangnya tumpuan awak Aliyah?
Lepas rehat jumpa saya.Faham?

Aku hanya mendiamkan diri dengan fikiran yang bercelaru.
Kamu faham tak?tanya Cikgu Aminah
Ya..baik,Saya akan jumpa cikgu selepas rehat nanti.Jawabku dengan malas
Ok.Kamu boleh duduk..

Sepanjang di dalam kelas fikiran ku tidak 100% mendengar.
Bak kata orang hanya badan sahaja disini...

Selepas berbincang dengan Cikgu Aminah baru aku tahu Cikgu Aminah hendak membantuku.
Aku jadi begini setelah kehilangan orang tuaku.Hidupku hanya menumpang kasih dengan ibu saudaraku.Mak usuku..Namun Mak usu ku bukan seperti dahulu.Sikapnya terus berubah setelah kematian orang tuaku.Aku dijadikan orang suruhannya.Semua kerja rumah aku yang lakukan.Dari membasuh baju,menyapu dan kadang-kadang aku terlewat ke sekolah gara-gara melayan kehendak Mak usu ku.Dia sekadar menyuruh,mengherdik dan kadang-kadang pernah juga tangannya naik ke muka aku.Sakitnya..Allah saja yang tahu.Air mata aku dah kering untuk menangis.Setiap kali jadi begitu,aku akan berpesan di dalam hati aku akan tinggalkan rumah ni satu hari nanti.Aku akan pergi..aku akan pergi..bisikku dalam hati.

Dengan itu aku telah berpindah ke rumah Cikgu Aminah.Dia yang meminta hak penjagaan untuk menjaga aku.Pada mulanya aku berasa sedih juga meninggalkan Mak Usu walau pun dia langsung tidak pernah melayan aku sebagai darah daging tapi dia masih tetap Mak Usu aku


6 tahun berlalu.....

"Ibu,ibu...jeritku dengan nada gembira.Aliyah dapat offer sambung Ijazah dekat Birmingham University,UK.Boleh ibu?panggilan ibu untuk Cikgu Aminah setelah dia berjaya mendidik aku menjadi insan yang berjaya.Dari hidup dalam penderitaan dan kini aku boleh menarik nafas lega.Semua perbelanjaan ditanggung oleh Ibu..Syukur alhamdullillah akhirnya dapat juga aku lari dari penderitaan ini.Tuhan mendengar doa aku siang malam.

"Pergilah liya",itu memang cita-cita liya kan..




No comments:

Post a Comment

Salam untukmu

Dear all,


Click here for Myspace Layouts

.:Secret.: