Friday, October 15, 2010

Sayang sepenuh hati

Apa makna sayang?apa makna cinta?adakah ia satu kebetulan.....ah aku benci dengan cinta tu.Kenapa mudah sangat perasaan itu menyerap ke dasar hatiku yang keras ini.Yang dahulu aku pernah berjanji aku serik dan serik untuk jatuh cinta lagi.Tapi kali ini aku dh memusnahkan janji yang aku kotakan dalam hati.Kenapa dia muncul ketika hati aku tertutup untuk menerima cinta itu.Kenapa dia muncul menggoncang hati jiwa ragaku ,kenapa dia?Ya Allah aku meraup muka ku dengan kedua-dua belah tanganku...sesungguhnya aku rimas dengan cinta itu.Cinta yang pernah aku kecundang ketika dahulu,aku benci dengan janji-janji manis yang diucapkan lelaki itu.Benci sungguh.....itu kenangan 10 tahun yang lalu.

Memang sudah aku lupakan dan aku buang jauh-jauh kisah itu.Aku sibukkan diri dengan pengajian aku yang aku rasa aku dh hmpir berjaya berdiri untuk membuka perniagaan aku sendiri.Ini lah hasil titik-peluh aku dan doa emak abah maka berjaya juga aku menjadi Graduan Terbaik MMU,Cyberjaya.Dan di saat aku mampu berdiri dan ingin pergi jauh memperluaskan bisnes iaitu perusahaan butik ku Aiza Boutique yang terletak di Bandar Baru Bangi,lelaki yang berwajah kacukan cina ini muncul.Dan kenapa juga hatiku terus terpaut walhal dulu aku katakan serik untuk bercinta lagi.


Pagi itu jam 11am di Aiza Boutique..

Assalammualaikum cik,boleh saya berjumpa dengan owner Aiza Boutique ?
ujar pemuda tersebut.Mungkin juga umurnya dalam lingkungan pertengahan 20an.

Iya, saya owner Aiza Boutique.Ada apa perlu saya bantu?ujarku dengan sopan

'Saya nak tahu sama da Cik Aiza berminat untuk menjual produk kami seperti tudung-tudung fesyen yang rata-rata diimport dari Turki.Memang cantik dan sesuai sangat untuk kegunaan harian,ke pejabat dan syarikat kami Hijrah Islamic Sdn.Bhd juga menawarkan Jubah-jubah fesyen terkini dan ad juga barang-barang kelengkapan untuk Haji dan Umrah.Sesuai juga dengan cuaca Malaysia yang kita sedia maklum panas nyer tak menentu'
'Oh ya maaf saya En.Faiz dari Hijrah Islamic yang terletak di Cheras'.Lagaknyer macam promoter di pasaraya.

'Boleh En.Faiz tinggalkan Business Card dahulu sebab saya perlukan cadangan dari staf-staf saya.Kalau dalam 3 hari saya tidak hubungi,anggap butik saya tidak berminat ye.Apapun terima kasih atas tawaran tersebut.Bukan ap bnyak juga tawaran saya terima dari syarikat-syarikat lain namun saya akan bawak tawaran awak dalam meeting saya mungkin dalam minggu ini.Lagipun customer dah suggest supaya perbanyakkan lagi tudung-tudung trend terkini dan ad jugak customer tidak mahu tudung tu nipis dan singkat dan Business women macam saya ini kena ikut jugak rentak customer yang pelbagai.Saya tak boleh tangkap-muat je barang-barang yang ditawarkan.'Ujarku dengan panjang lebar.

'Tapi Cik Aiza....kata-kata lelaki itu terbantut atas penerangan aku sebentar tadi'
'Maaf,saya bukan Cik Aiza.Nama saya Aina Fatehah Binti Zarith,so pendekkan jadi Aiza la..gabungan nama arwah ayah saya.

'Oh,maaf saya tak tahu'.Muka lelaki itu berubah simpati kepada aku.

'Oh,takpe.Saya tak perlu simpati sesiapa pun'.Ujarku

'Issy..berlagaknya perempuan depan aku ni'.Bisik hati
Ok,Cik Aina kita jumpa lagi.Kalau berminat hubungi syarikat saya dan katakan untuk bercakap dengan Pegawai Pemasaran En.Ryan.Ok?saya kena rushing ke Cheras.Jumpa lagi,Assalammulaikum'.





Saturday, May 15, 2010

Salam Kembali May 2010

Salam semua,
Harap u all semua sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat yang berpanjangan hendaknya.
Lama sungguh dh tak mengupdate blog ni.Terlalu banyak kerja dan tugasan sehingga tiada masa untuk memberikan posting terbaru.Jika sempat pun hny view je kwn2 punye blog dan view blog sendiri.Entah pada masa tu belum terfikir nak post topik apa dan lain-lain dan takde cerita terbaru pun nak dikongsi.

Sebenarnya....dan sebenarnya ..mcm tajuk lagu Yuna pulak kan.Actually,bnyk sgt ujian yang kena lalui.Antaranya,penyakit yang tak berhenti-henti.Lps satu,lain yang datang.Baik sikit,datang yang lain.Ini mmg betul-betul menguji stamina dan ketahanan antibodi aku...terbaru dlm 2 minggu ni disahkan positif Influenza A.Patutlah demam aku tak baik-baik tapi tahap yang tak serius.Kalau serius tu boleh bwk maut.Dan DR dh pun bg aku Anti-Viral di mana ubat ni melemahkan segala virus dalam badan aku..means dia mcm bg virus tu 'tidur' sementara.Tp skrg ni ubat tu pun dh hbs dan demam tu on-off je.Dan skrg ni batuk pulak sampai dh x de suara.Sabar je lah..

Dan hr ni hari last final exam dan dah pun selesai jam 11 pagi tadi.,Amin...mudah2 han 8 subjek yang aku ambil sem ni lulus dengan baik dan cemerlang walaupun dalam keadaan demam aku ammbik exam tp aku selalu kuatkan diri.Apa2 aku kena kuat...yes..kena kuat utk siapa juga?utk diri sendiri jugak.

Dan insyallah juga hujung bulan 10 ni ad rombongan nak masuk meminang..amin..moga2 berjalan lancar.Dan insyallah juga kalau tak de apa2 selesai jugak thn dpn dgn Graduatenyer dan Kahwin.Doakan lah..nnt kwn2 smua akan dijemput.Jgn tak dtg..teratak baru ni..hehe

Nak bgtau specific bulan brpa susah nak jangka..itu bergantung dgn keadaan dan Allah yang ttukn siapa jodoh kita.Ingat perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya juga.

Akhir salam,doakan daku sihat sentiasa,berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Salam 1 Malaysia...

Sayang semua,ceria selalu

Ika2010

Friday, December 25, 2009

Doakan yang terbaik

Salam semua...
dh lama juga x masuk blog ni....hehe...lama ke?1 mgu je kan..dh selesai pun final hr ut.Skrg ni tgh cuti...sibuk tolong2 rumah abg sepupu yg nak kahwin besok..
Abg ayob kahwin...hehe...yg usia isterinya jauh muda dr dia..21 thn kalau x silap

Ok tutup cite abg ayob..ni cite aku pulak...cite ap?adalah...rahsia.Bdk bwk 18 thn x blh baca..hehe.Gembira sgt sb bakal mndji hak milik seseorang x lama lagi.Siapa?rahsia la.Tp mmg harap dia faham la kena bg masa dlm setahun dua lagi nak settlekan degree ni.Penting ni utk masa dpn juga kan..dan kalau diberi peluang nak further studies lagi utk Master.Bak kata emak belajar lah selagi boleh belajar.Sampai PHD..Insyallah...amin..

Apapun kalian doakan yg terbaik..moga kalian semua berjaya dunia akhirat..amin.

Tuesday, December 15, 2009

Final Exam

Salam semua....Final Exam is coming by end of this week...
Cptkan?
Ms berlalu pantas dan semuanya perlukan kita bersedia awal dr segi mentaliti,fizikal...
Apapun doakan saya untk buat terbaik Sabtu ni 9Am dan Isnin 8pm..

semua 2 jam
Doakan juga utk sahabat2 n adik2 MUD2
Smoga kalia berjaya...jgn putus asa

Sunday, November 29, 2009

2 minggu

Salam semua....hari2 yg penuh dgn aktiviti yg bermanfaat maklumlah dh nak final exam x lama lagi.So,study la n assignment msh lagi dlm proses utk disiapkan.Cuma agak bimbang dgn satu projek mengenai CD Interaktif sb group member mcm semua nyer bz...almaklumlah diaorg amik subjek 3-4 pd short sem ni segkan aku 2 je..asalnya 3 tp setelah dinasihatkan oleh Leturer French aku Ms Liliane Kuossi trus aku rasa give-up sb rasa mcm boleh bwk..aku dpt ikut ap yg diajar walau ad kdg2 slow sikit tp faham jgk.Tp mgkn ad hikmah supaya aku dpt naikkan lagi CGPA..sape tau..hehe...

Mcm2 keje,mcm2 kerenah org aku jumpa semuanya kdg2 buat aku stress tp aku cuba buangkan semua stress tu dgn x payah fikir sgt hal remeh-temeh..buat pening kepala je..hehe..so letak tepi dulu.Yg ptg tumpu hal-hal yg ad due-date...urgent...ap lgi assignment2 ni lah..

Erm..satu lg buah hati tersayang nak balik dh..hrp2 dia dpt menunaikan tgjwb dia kpd keluarga dia..ap yg dia belajar 4 tahun di sana semoga dia dpt sampaikan pd pelajar2 disini..

Kahwin?blum lagi lah sb aku kena settle kan degree..tp semua berserah pd NYA..siapa kita utk ttukan nasib kita.Btul x?cpt atau lambat DIA jg ttukan..abg,dgr ni tau..hehe..jgn marah..

Aku percaya setiap dugaan datang n pergi dan dr situ aku belajar nak improve kan diri...Hari ni pasti lebih baik dr semalam.Semalam tgl sejarah,esok lusa belum pasti lagi..

Yg aku risau jugak,aku belum cuba menulis sehingga 1 jam atau 2 jam...aku dh mula practice tp x lama kot..tp aku x boleh mengalah mcm tu je..maklumlah exam 2 jam selalunya..tangan ni lenguh jugak tulis lama2.Nak tekan pen pun kdg2 rasa berdenyut jgk sb selalu tersalah guna jari..hehe..

ok lah..Salam Aidiladha,Salam penuh keceriaan n Salam Motivasi dari


Ms Ika Shukor ( Atiqah Abd Shukor)

Salam untukmu

Dear all,


Click here for Myspace Layouts

.:Secret.: