Friday, October 15, 2010

Sayang sepenuh hati

Apa makna sayang?apa makna cinta?adakah ia satu kebetulan.....ah aku benci dengan cinta tu.Kenapa mudah sangat perasaan itu menyerap ke dasar hatiku yang keras ini.Yang dahulu aku pernah berjanji aku serik dan serik untuk jatuh cinta lagi.Tapi kali ini aku dh memusnahkan janji yang aku kotakan dalam hati.Kenapa dia muncul ketika hati aku tertutup untuk menerima cinta itu.Kenapa dia muncul menggoncang hati jiwa ragaku ,kenapa dia?Ya Allah aku meraup muka ku dengan kedua-dua belah tanganku...sesungguhnya aku rimas dengan cinta itu.Cinta yang pernah aku kecundang ketika dahulu,aku benci dengan janji-janji manis yang diucapkan lelaki itu.Benci sungguh.....itu kenangan 10 tahun yang lalu.

Memang sudah aku lupakan dan aku buang jauh-jauh kisah itu.Aku sibukkan diri dengan pengajian aku yang aku rasa aku dh hmpir berjaya berdiri untuk membuka perniagaan aku sendiri.Ini lah hasil titik-peluh aku dan doa emak abah maka berjaya juga aku menjadi Graduan Terbaik MMU,Cyberjaya.Dan di saat aku mampu berdiri dan ingin pergi jauh memperluaskan bisnes iaitu perusahaan butik ku Aiza Boutique yang terletak di Bandar Baru Bangi,lelaki yang berwajah kacukan cina ini muncul.Dan kenapa juga hatiku terus terpaut walhal dulu aku katakan serik untuk bercinta lagi.


Pagi itu jam 11am di Aiza Boutique..

Assalammualaikum cik,boleh saya berjumpa dengan owner Aiza Boutique ?
ujar pemuda tersebut.Mungkin juga umurnya dalam lingkungan pertengahan 20an.

Iya, saya owner Aiza Boutique.Ada apa perlu saya bantu?ujarku dengan sopan

'Saya nak tahu sama da Cik Aiza berminat untuk menjual produk kami seperti tudung-tudung fesyen yang rata-rata diimport dari Turki.Memang cantik dan sesuai sangat untuk kegunaan harian,ke pejabat dan syarikat kami Hijrah Islamic Sdn.Bhd juga menawarkan Jubah-jubah fesyen terkini dan ad juga barang-barang kelengkapan untuk Haji dan Umrah.Sesuai juga dengan cuaca Malaysia yang kita sedia maklum panas nyer tak menentu'
'Oh ya maaf saya En.Faiz dari Hijrah Islamic yang terletak di Cheras'.Lagaknyer macam promoter di pasaraya.

'Boleh En.Faiz tinggalkan Business Card dahulu sebab saya perlukan cadangan dari staf-staf saya.Kalau dalam 3 hari saya tidak hubungi,anggap butik saya tidak berminat ye.Apapun terima kasih atas tawaran tersebut.Bukan ap bnyak juga tawaran saya terima dari syarikat-syarikat lain namun saya akan bawak tawaran awak dalam meeting saya mungkin dalam minggu ini.Lagipun customer dah suggest supaya perbanyakkan lagi tudung-tudung trend terkini dan ad jugak customer tidak mahu tudung tu nipis dan singkat dan Business women macam saya ini kena ikut jugak rentak customer yang pelbagai.Saya tak boleh tangkap-muat je barang-barang yang ditawarkan.'Ujarku dengan panjang lebar.

'Tapi Cik Aiza....kata-kata lelaki itu terbantut atas penerangan aku sebentar tadi'
'Maaf,saya bukan Cik Aiza.Nama saya Aina Fatehah Binti Zarith,so pendekkan jadi Aiza la..gabungan nama arwah ayah saya.

'Oh,maaf saya tak tahu'.Muka lelaki itu berubah simpati kepada aku.

'Oh,takpe.Saya tak perlu simpati sesiapa pun'.Ujarku

'Issy..berlagaknya perempuan depan aku ni'.Bisik hati
Ok,Cik Aina kita jumpa lagi.Kalau berminat hubungi syarikat saya dan katakan untuk bercakap dengan Pegawai Pemasaran En.Ryan.Ok?saya kena rushing ke Cheras.Jumpa lagi,Assalammulaikum'.





No comments:

Post a Comment

Salam untukmu

Dear all,


Click here for Myspace Layouts

.:Secret.: