Thursday, July 30, 2009

Lecture 2 for T&P

Please take notes..

By tomorrow Assignment 1 ( Industrial Trends) must be on my desk before 10am.Second, please proceeds for Assignment 2 ( Security) and submit with hard copy..NO CD and for Third Assignment I 'll discuss later. I need participation from all of you for third assignment. You needs to show your communication skills. Please be creative and so on..
Anything please contact me via sms or consult me during consultation hours...

Tuesday, July 28, 2009

Mcm2

Ad 2 task lagi nak dibuat : Media Management dan Technology and Project Analysis...
Media Manmagement aku tgh tgu student siapkan Assignment 1 diaorg.Coursework utk SKM Level 2 dan semua SKM ialah 60%


Assignment1 ( Media Management) ad pembetulan..mula2 aku pelik sikit style kat sini..subject ni bnyk main screenshot n bnyk guna kertas..aku dgr cite diaorg aku jd kesian pulak...mcm x sampai hati tp nak bg diaorg lepas diaorg WAJIB buat jugak...nak tak nak WAJIB,maka kenalah buat tnpa bnyk alasan..

Subject Technology and Project ANalysis diaorg kena hntr by this Friday 31/July/2009

Thursday, July 23, 2009

Good Luck my dear

Salam semua..
Minggu yg makin lama makin sampai penghujung.Sedar tak sedar student DIploma in Electronic dh nak Final Exam..keje aku bukan je setakat mengajar tau semua keje aku buat.Penat mmg penat tp seronok.Keje tu satu nikmat kan dan juga 1 ibadah..
Budak paling genius Nur Hidayah dpt carry mark paling tinggi..tp student lain pun apa kurangnya.Cuma yg risau ni bab Kamil n Syazwan...entah..Aku cuba tolong tp mcm ...moga2 lepas smua..Jgn la sangkut lagi..

Final words "Thanks for your cooperation,study elok2 n Jwb exam elok2 juga".
Kalau jumpa atau terserempak tegur2 lah..

Monday, July 20, 2009

Akhirnya

Tak perlu risau lagi.Akhirnya Tuhan kabulkan juga doaku..hehe...
Thanks so much...Amour Tajours...hehe

Friday, July 17, 2009

Kasihku Abadi

"Lia,emak tak kira kau kena nikah juga dengan Shazly tu minggu depan.Dia dah kirim cincin tanda ni untuk kau.Dia anak Penghulu Kampung.Besok lusa,Pak Mat meninngal harta tu jadi milik kau juga.Kau tak nak ke hidup senang,dapat bercuti dekat negara omputih tu , dapat kereta besar,rumah banglo bertingkat-tingkat.Kau tak nak ke?eee..rugilah kau tolak peluang tu lia ooi.Cuba kau tengok anak Mak Long kau dapat anak Tengku lagi".Ujar emak panjang lebar.

"Lia tak nak lah emak,lagipun lia tak pernah suka dia.Dia yang terhegeh-hegeh dekat Lia.Lia tengok Shazly tu yang perasan.Lia tidak pernah pun cakap Lia suka dia.Buang masa je lah suka lelaki macam tu.Emak,kalau Lia ni jenis nak rumah besar,kereta besar Lia akan usaha sendiri emak.Tak payah lah nak harapkan lelaki macam tu.Satu sen pun tak guna.Cuba emak tengok,Shazly tu.Sepanjang masa ada kat rumah.Kerja pun sebab bapak dia ada bisnes sendiri.Lia tak suka lah emak lelaki yang tak pandai berdikari dan meghabiskan duit emak bapak.Lia bukan macam tu.Emak lupa ke,Lia kan pernah cakap yang Lia akan terus tunggu abang Luqman sampai dia habis pengajian"

"Alah,kau ni sikit-sikit Luqman,Luqman tu apa ad.Kau tunggu berapa lama pun,entah-entah dia balik dan habis belajar bawak perempuan lain.Baru putih mata kau.Hah masa tu kau jangan cari emak"protes ibuku.

"Abang Luqman tak macam tu emak,sepanjang dia belajar dekat sana,tak pernah sekalipun dia lupa untuk hantar emel atau sms Lia"
"Emak,pilihan Lia biarlah Lia tentukan emak.Emak kita tak payahlah nak tiru keluarga Mak Long tu.Lia boleh setia dan abang Luqman juga boleh setia.Emak tolong restukan hubungan kami.

"Ikut suka kau lah Lia".Jangan biarkan emak kempunan nak timang cucu nanti.Emak cadangkan je sebab emak tengok kau sibuk dengan hal kerja 24 jam.Langsung tak fikir pasal diri sendiri.
"Umur kau tu bukan muda lagi.Kau kena ingat tu"
"Kau jadi Pegawai Pemasaran dekat Mutiara Holding tinggi manapun pangkat kau mesti di dapur juga"
Dah lah,malas emak nak bincang dengan kau.

Mira,mira...tolong emak angkat kain tu.Emak aku menjerit memanggil adik aku yang seorang ni.
Emak pulangkan lah cincin tu dan cakap kat dia Lia minta maaf dan Lia tak bersedia lagi.
"Lia akan tetap tunggu abang Luqman juga"

**************************************************

"Excuse me Ms---" ujar lelaki mirip bangsa cina di hadapanku.Hampir aku tak terlanggar dia ketika ingin memasuki dalam lift untuk ke pejabat aku di Tingkat 11.

"Call me Ms Aliah".
"Opss sorry Ms Aliah.
Yes, can I help you"?
"Actually,I'm looking ...............

Sunday, July 12, 2009

Macam ni yerk

Baru aku tahu mcmana rupanya tugas seorang pendidik.Bukan mudah nak jd cikgu atau pensyarah.Sebenarnya banyak cabarannya.Kita bukan setakat menyampai je malah kena pastikan mereka apply dlm khdupan diaorg.Terus-terang aku ni langsung x de background sebagai pengajar.Mgkn aku kdg2 tu ad buat silap juga.Kalau emak lain lah..hehe
Aku tak rasa cuak,tp rasa mcm x semangat je nak mengajar.Student hny 5 org je..pdhal ramai lagi tu..aku x tau lah diaorg minat ke study atau tak.Tp yg dh dr respon diaorg,MATEMATIK susah n mereka takut nak buat.Subjek ni bagi diaorg kalau boleh nak subjek lain lah.X nak tgk subjek ni.Tp nak atau tidak diaorg wajib amik.Ad juga student yg dh pernah amik,repeat lagi.Dia kata pengajar dulu guna Slide Show.Aku kat MMU lecturer guna material tu lah.Kalau lah kat sini ad 1 sistem yg ala-ala MMLS,ttu diaorg dh buat revision sbm attend class.Kat dlm kelas ni sesi mengajar n di ajar.Hehe..nak tau kdg2 ad juga pelajar yg mengajar pengajar.Topik dh lama tgl..ad juga lupa2 sikit.Maklumlah dulu bnyk pegang komputer n main sistem,skrg ni dpt rasanya.Of course,homework mmg penting..So akhir kata,rajin lah buat homework.

Please imagine it

Salam semua..
Dh mula kelas nmpk gayanya tp aku diberi masa 2 minggu untuk menghabiskan 4 topik.Topik kedua dan lain2 tu ad sub2..Aku kena bukak buku balik..so mcm biasa lah...mmg ad sikit stress tp rasanya under controlled.Yg masalhnya student la.Sepatutnya la pendapat aku subjek yg teknikal ni di offer pd sem panjang.Bukan sem pendek.Jd haru-biru sebab nyer nak keje masa lagi,nak bg kuiz n yg 1 hal lagi rupa2nyaer diaorg belum ad 1 pun tugasan padahal topik dh nak hmpir hbs.Dan aku rasa bila tolak tambah hari diaorg ni sempat ke nak buat revision.Nmpk gaya kena mula kelas malam la jwbnyer...sb yg kesiannyer student la.Pressure..kalau nak tau.
Dh pula bila ditnya rata2 x pernah amik subject ni..ad pun setakat cukup makan baik Math Mod n add math...
wa..wah..nasib baik aku ad guru utk dirujuk..my mum la..kena gali balik..Bak kata Ustazah ilmu tu luas,gali bnyk mana pun x kan hbs..

Saturday, July 11, 2009

colourful

Remember


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Menghilang

Lamanyer dia pergi.SMS pun x reply ke dia seronok pg sana.Selalu x mcm ni..erm..ok ke?
Harap x de apa2..

Thursday, July 9, 2009

Kelas Next Week

Subjek Math Kejuruteraan:8-10am / 10-12tgh
Tutorial akan diadakan selepas kelas...1 jam
Kuliah : 2 jam

Kuiz : 2 Topik sekali (5%)

Topic-topik:
Topic 6- Persamaan Serentak
Topik 7- Fungsi
Topik 8: Fungsi Kuadratik
Topik 9: Index dan Logarithma

Assignment= ( I'll announced later)
Final Exam : 3 Ogos 2009
Give your cooperation.See you guys in the class
Have a nice days

Regards,
Ms Ika

Wednesday, July 8, 2009

Welcome to Teacher's Life


Salam semua..
Semakin banyak dh aktiviti bermula di sini.Untuk pelajar baru akan bermula pada minggu depan dan pelajar lama dh mula kn pembelajaran.Alamak,aku kena amik 2 task la pulak.Satu Media Management dan 1 lagi Add Math Form4-Form5.Tapi tak semua tajuk ad.Wow,aku aku dh mula rasa pressure sikit.Mgkn belum biasa lagi.Insyallah,aku harap Allah akan mudahkan perjalanan aku.
1 hal lagi rasa minggu ni lain sebab dia tak de.Berapa lama aku tak pasti tapi harap dia balik dengan selamat.

Tuesday, July 7, 2009

3 Bulan Istimewa


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Laksa Simple



Bahan A;
bawang besar-3 biji
bawang putih-5 ulas
sardines in oil-2 tin
cili kering-10 biji
sedikit belacan

Bahan B;
timun
salad
bawang
cili padi
telur rebus
daun kesum(secukupnya)

Bahan C;
laksa 1 bungkus

Cara-cara;

1) mesin kesemua bahan A. kemudian masukkan ke dalam periuk. masak sampai mendidih. lepas mendidih masukkan daun kesum.masukkan garam secukup rasa.

2) bahan B dihiris halus untuk hiasan.terpulang pada penggemar berapa byk yg diperlukan.

3) Jangan lupa rebus laksa.
p/s: Nak sedap elok menggunakan ikan kembung yang di blend..Yang ni laksa segera.Tak perlu banyak kos..

Mushroom Soup




Bahan-bahan:
Bawang putih
bawah merah
mushroom potong dadu
Dada ayam potong dadu 400g or secukup rasa
Susu segar 150 ml
Tepung gandum 3 sudu
Minyak sapi @ butter @ planta @ minyak biasa 1 sudu
Kiub ayam 2

Cara:
1. Panaskan minyak sapi @ butter @ planta @ minyak biasa
2. Masukkan bawang putih.goreng sampai kuning
3. masukkan bawang merah.goreng sampai layu.
4. masukkan tepung gandum 1 sudu.
5. masukkan ayam n mushroom.
6. masukkan satu cawan air.
7. biar sampai mendidih.
8. letakkan kiub ayam n susu.
9. letakkan tepung 2 sudu yg telah dicampur air.
10. garam secukup rasa..
Perlahankan api,kacau sampai pekat.

Resepi Nasi Beriyani Simple



Beriani Berempah Mudah

Bahan-Bahan:


2 camca besar minyak sapi

1 camca teh jintan manis

1 biji bawang besar, dihiris

225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat

1 camca besar rempah kari daging

350 ml air panas

4 cm kulit kayu manis

50 gm kismis

8 biji pelaga, diketuk

½ camca teh serbuk kunyit

50 gm kepingan badam

Cara:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
  2. Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang.
  3. Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati.
  4. Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit.
  5. Masak di atas api sederhana hingga air beras kering.
  6. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak.
  7. Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.

2) Nasi Beriyani Biasa:

Bahan2:
- 400 g beras (dibasuh dan disejat)
- sedikit minyak zaitun (atau butter, minyak sapi)
- 1 bij bawang besar (dihiris)
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 camca teh garam masala
- ½ camca teh serbuk kunyit
- 2 biji cili padi
- 4 sudu besar yogurt asli
- 150 mlm susu cair (dihiris)
- sedikit garam dan gula

Cara Menyediakan Nasi:
- panaskan minyak
- tumis bawang, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik bau
- masukkan yogurt, garam masala, kunyit, garam, gula dan gaul seketika
- masukkan sedikit air dan cili padi
- masukkan beras dan susu. Tambah air jika perlu.

Untuk lauk:

Bahan2:
- 1 kilo ayam (dipotong dan dibasuh)
- 1 ½ ulas bawang besar
- 3 bawang putih
- sedikit halia
- 1 btg serai
- 6 sudu besar rempah kari daging
- madu (atau gula) dan garam
- sedikit serbuk cili (atau cili padi)
- 7 sudu besar yogurt asli (atau santan, susu cair)
- 2 kuntum bunga cengkih

Cara Menyediakan Lauk:
- semua bahan(kecuali ayam) dikisar halus
- ayam diperap dalam bahan2 tadi selama 1 jam kemudian diletak dalam dulang oven
- masukkan dalam oven selama 40 minit, suhu 200°.

Salad:

Bahan2:
daun salad
tomato
timun
bawang (jika mahu).

Cara2:
- kesemua sayur dihiris dan diletakkan dalam mangkuk.
- masukkan sedikit garam, minyak zaitun dan jus limau.


p/s: - Untuk nasi, boleh juga dimasukkan daging lembu atau daging kambing dan pelu dimasak sebelum dimasukkan beras.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 6, 2009

Jangan mengalah

Jangan mengalah
Jika belum berusaha habis-habisan
Jika belum mendapat yang terbaik
Jika belum sampai ke akhir garisan

Jangan mengalah
Jika pernah jatuh tersungkur
Jika pernah tewas sebelum penamat

Itulah lumrah kehidupan
Menang kalah menjadi permainan
Namun permainan masih belum berakhir
Cubalah dan terus mencuba
Kejayaan akan dalam genggaman

Sunday, July 5, 2009

Wanita


Wanita umpama mawar yang berduri.Nampak cantik tapi tangkainya berduri.Kdg2 duri tu tercucuk di jari sendiri.Begitulah wanita.Semua wanita yang lahir didunia ini semuanya lahir dengan sempurna.Tiada cacat-celanya.Allah jadikan semua hambanya cukup sempurna.Wanita lebih-lebih lagi.Tanpa wanita bayangkan hidup seorang Adam..serba tak lengkap jawabnya.Tapi bagi seorang lelaki yang bergelar suami ataupun ayah wanita tersebut,jgn lah lupa untuk mendidik kami ini ke jalan yang diredhai.Janganlah hanya melihat dengan kecantikan seorang wanita itu sedangkan rohaniah terabai.Wanita juga janganlah sampai menggunkan kecantikan itu itu kepentingan sendiri.Bimbinglah dia..bimbinglah kami.Wanita juga begitu mudah untuk masuk ke dalam api neraka..moga kami tidak termasuk dalam golongan itu.Nauzubillah min zalik...

itu sahaja coretan saya.Nnt akan disambung lagi

Hari untuk bekerja

Salam semua.Sedar tak sedar nak dekat 3 mgu dh praktikal kat sini..IKTBN Sepang.Pilihan terakhir aku untuk praktikal.Bukan mudah sebenarnya org yg bru lps accident pastu buat praktikal.Praktikal ni pun setelah berbincang dgn FOM Faculty dan emak aku.Sbnya subject for next sem x de untk diregister so dr tak buat apa2, baik lah pg buat praktikal kan.Ad juga isi masa dan boleh cpt sikit aku hbskan degree walau extend 1 year.
Very long journey..step by steps.Its not easy to achieve its.But I'll always try.Keep trying until reach the points.

Kat IKBN ni aku diletakan di bwk Mr Hafiz as Multimedia Lecturer.Dia pun akan ajar software yang tidak pernah aku belajar.Adobe Premier...
Aku akan sentiasa ingat pesan abg...be loyal..Itu mmg sentiasa aku ingat sampai hari ini.Sb syg dia dan sebab aku dtg sini pun utk praktikal shj means utk cari experiences keje.Ingat dunia luar dh x sabar menanti..hehe..so,kite kena cari sebanyak2 nyer pengalaman dan esok lusa kena apply.Jgn lokek ilmu dan sampai2 kan...nnt aku smbg lagi...bnyk nak cite ni tau..

peace..Senyum selalu.

Friday, July 3, 2009

Terima Kasih Cikgu

Pagi yang indah,burung-burung berkicauan dan aku rasakan hari ini satu hari yang indah buatku.Terima kasih Tuhan kerana akhirnya berjaya juga aku mendapat segengam Ijazah di Bumi 4 Musim ini.Selepas ini bermulalah kehidupan ku sebagai pendidik.Tidak dapat aku bayangkan kerjaya ini.Teringat aku 10 tahun yang lalu......

"Aliyah,kamu kedepan".Ujar Cikgu Aminah yang terkenal dengan kasut tumitnya.
Aku pun mula bangkit dan terus ke hadapan.

Ya cikgu..jawabku
Saya tidak boleh tolak-ansur dengan awak lagi.Keputusan awak makin merosot.Mana Aliyah yang dahulu.Yang selalu memberi tumpuan,yang selalu aktif di dalam kelas.Cuba kamu tengok keputusan kamu sebelum ini.Lagi-lagi ini subjek saya.Ke mana hilangnya tumpuan awak Aliyah?
Lepas rehat jumpa saya.Faham?

Aku hanya mendiamkan diri dengan fikiran yang bercelaru.
Kamu faham tak?tanya Cikgu Aminah
Ya..baik,Saya akan jumpa cikgu selepas rehat nanti.Jawabku dengan malas
Ok.Kamu boleh duduk..

Sepanjang di dalam kelas fikiran ku tidak 100% mendengar.
Bak kata orang hanya badan sahaja disini...

Selepas berbincang dengan Cikgu Aminah baru aku tahu Cikgu Aminah hendak membantuku.
Aku jadi begini setelah kehilangan orang tuaku.Hidupku hanya menumpang kasih dengan ibu saudaraku.Mak usuku..Namun Mak usu ku bukan seperti dahulu.Sikapnya terus berubah setelah kematian orang tuaku.Aku dijadikan orang suruhannya.Semua kerja rumah aku yang lakukan.Dari membasuh baju,menyapu dan kadang-kadang aku terlewat ke sekolah gara-gara melayan kehendak Mak usu ku.Dia sekadar menyuruh,mengherdik dan kadang-kadang pernah juga tangannya naik ke muka aku.Sakitnya..Allah saja yang tahu.Air mata aku dah kering untuk menangis.Setiap kali jadi begitu,aku akan berpesan di dalam hati aku akan tinggalkan rumah ni satu hari nanti.Aku akan pergi..aku akan pergi..bisikku dalam hati.

Dengan itu aku telah berpindah ke rumah Cikgu Aminah.Dia yang meminta hak penjagaan untuk menjaga aku.Pada mulanya aku berasa sedih juga meninggalkan Mak Usu walau pun dia langsung tidak pernah melayan aku sebagai darah daging tapi dia masih tetap Mak Usu aku


6 tahun berlalu.....

"Ibu,ibu...jeritku dengan nada gembira.Aliyah dapat offer sambung Ijazah dekat Birmingham University,UK.Boleh ibu?panggilan ibu untuk Cikgu Aminah setelah dia berjaya mendidik aku menjadi insan yang berjaya.Dari hidup dalam penderitaan dan kini aku boleh menarik nafas lega.Semua perbelanjaan ditanggung oleh Ibu..Syukur alhamdullillah akhirnya dapat juga aku lari dari penderitaan ini.Tuhan mendengar doa aku siang malam.

"Pergilah liya",itu memang cita-cita liya kan..




Fikir2kan

Cinta adalah fitrah hati,
Lahir tanpa diminta dan dipaksa,
Namun Tuhan sentiasa menguji,
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang dihati,
Itu cinta hakiki dan murni,
Jangan cinta hanya nafsu,
Itu cinta palsu yang melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan,
Bagai bunga yang mewangi kehidupan,
Tiada waktu dan jarak memisah,
Kembara rasa tidak bernoktah

Betapa derita korban percintaan,
Bila nafsu menajdi taruhan,
Jiwa gelisah bila terpisah,
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahaja,
Asal wadahnya cinta Allah,
Hati tidak resah,
Jiwa tak akan gelisah,
Jauh terhubung rindu,
Dekat terikat padu

Salam untukmu

Dear all,


Click here for Myspace Layouts

.:Secret.: