Friday, July 17, 2009

Kasihku Abadi

"Lia,emak tak kira kau kena nikah juga dengan Shazly tu minggu depan.Dia dah kirim cincin tanda ni untuk kau.Dia anak Penghulu Kampung.Besok lusa,Pak Mat meninngal harta tu jadi milik kau juga.Kau tak nak ke hidup senang,dapat bercuti dekat negara omputih tu , dapat kereta besar,rumah banglo bertingkat-tingkat.Kau tak nak ke?eee..rugilah kau tolak peluang tu lia ooi.Cuba kau tengok anak Mak Long kau dapat anak Tengku lagi".Ujar emak panjang lebar.

"Lia tak nak lah emak,lagipun lia tak pernah suka dia.Dia yang terhegeh-hegeh dekat Lia.Lia tengok Shazly tu yang perasan.Lia tidak pernah pun cakap Lia suka dia.Buang masa je lah suka lelaki macam tu.Emak,kalau Lia ni jenis nak rumah besar,kereta besar Lia akan usaha sendiri emak.Tak payah lah nak harapkan lelaki macam tu.Satu sen pun tak guna.Cuba emak tengok,Shazly tu.Sepanjang masa ada kat rumah.Kerja pun sebab bapak dia ada bisnes sendiri.Lia tak suka lah emak lelaki yang tak pandai berdikari dan meghabiskan duit emak bapak.Lia bukan macam tu.Emak lupa ke,Lia kan pernah cakap yang Lia akan terus tunggu abang Luqman sampai dia habis pengajian"

"Alah,kau ni sikit-sikit Luqman,Luqman tu apa ad.Kau tunggu berapa lama pun,entah-entah dia balik dan habis belajar bawak perempuan lain.Baru putih mata kau.Hah masa tu kau jangan cari emak"protes ibuku.

"Abang Luqman tak macam tu emak,sepanjang dia belajar dekat sana,tak pernah sekalipun dia lupa untuk hantar emel atau sms Lia"
"Emak,pilihan Lia biarlah Lia tentukan emak.Emak kita tak payahlah nak tiru keluarga Mak Long tu.Lia boleh setia dan abang Luqman juga boleh setia.Emak tolong restukan hubungan kami.

"Ikut suka kau lah Lia".Jangan biarkan emak kempunan nak timang cucu nanti.Emak cadangkan je sebab emak tengok kau sibuk dengan hal kerja 24 jam.Langsung tak fikir pasal diri sendiri.
"Umur kau tu bukan muda lagi.Kau kena ingat tu"
"Kau jadi Pegawai Pemasaran dekat Mutiara Holding tinggi manapun pangkat kau mesti di dapur juga"
Dah lah,malas emak nak bincang dengan kau.

Mira,mira...tolong emak angkat kain tu.Emak aku menjerit memanggil adik aku yang seorang ni.
Emak pulangkan lah cincin tu dan cakap kat dia Lia minta maaf dan Lia tak bersedia lagi.
"Lia akan tetap tunggu abang Luqman juga"

**************************************************

"Excuse me Ms---" ujar lelaki mirip bangsa cina di hadapanku.Hampir aku tak terlanggar dia ketika ingin memasuki dalam lift untuk ke pejabat aku di Tingkat 11.

"Call me Ms Aliah".
"Opss sorry Ms Aliah.
Yes, can I help you"?
"Actually,I'm looking ...............

2 comments:

  1. cite ni mcm ade kaitan dgn hidup sndri je..hehe..
    but it is good..keep writing ok..

    ReplyDelete

Salam untukmu

Dear all,


Click here for Myspace Layouts

.:Secret.: