Cinta adalah fitrah hati,
Lahir tanpa diminta dan dipaksa,
Namun Tuhan sentiasa menguji,
Apakah cinta itu suci atau sebaliknyaCintailah yang dihati,
Itu cinta hakiki dan murni,
Jangan cinta hanya nafsu,
Itu cinta palsu yang meluluBetapa bahagia cintakan Tuhan,
Bagai bunga yang mewangi kehidupan,
Tiada waktu dan jarak memisah,
Kembara rasa tidak bernoktahBetapa derita korban percintaan,
Cintailah sesiapa sahaja,
Bila nafsu menajdi taruhan,
Jiwa gelisah bila terpisah,
Asyik bertemu jemu bertamu
Asal wadahnya cinta Allah,
Hati tidak resah,
Jiwa tak akan gelisah,
Jauh terhubung rindu,
Dekat terikat padu
Friday, July 3, 2009
Fikir2kan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam untukmu

No comments:
Post a Comment